PENGURUSAN KEWANGAN

Assalamualaikum,

Apa itu Pengurusan kewangan?  

Pada pendapat Pengurusan kewangan adalah adalah cara bagiamana untuk kita uruskan duit kita dalam kehidupan sehari.  Tidak kira sama ada kita ada perniagaan, makan gaji  ataupun sorang pelajar.

Kenapa perlunya pengurusan kewangan?

Kita perlu tahu kita perlukan duit untuk apa? , Apa objektif kita perlukan duit?..
Kita nak duit sebab nak beli makanan, nak beli pakaian , isi minyak untuk pergi kerja , bayar tol, bayar GST, bayar zakat, bersedekah… Basically nak duit untuk kehidupan seharian dan juga untuk beramal jariah.

Semoga Allah sentiasa memberi kehidupan yan baik di dunia dan akahirat baut semua umat islam dunia ini…
Jadi soalanya sekarang bagaimana nak mengurus duit anda?

Saya ingin berkongsi pengalaman saya  yang saya pelajari sejak saya dibangku sekolah rendah lagi..  , Amma (panggilan untuk emak) saya mengajar saya cara dan untungnya menabung…. Sejak saya di sekolah menengah (way back in year 1980+++) Amma saya telah buka akaun bank untuk saya.

Setiap bulan Amma , selepas Daddy saya dapat gaji (daddy saya shj bekerja , Amma saya suri rumah) ,Amma saya akan beri saya RM20 utnuk dimasukan ke akaun bank saya.  Selama 5 tahun saya ikut apa yang Amma saya minta… Kalau ada duit lebih atau duit yang saya simpan sendiri saya juga akan masukan ke akaun saya.

Selepas saya masuk kolej… saya teruskan juga simpanan saya bila saya mendapat pinjaman JPA.. tapi pinjaman JPA ni saya beri pada Amma saya untuk masuk ke akaun bank lain.. Sebab apa sebab nanti kalau saya yang pegang duit itu takut habis.. guna kad ATM je nak kuarkan…

Saya ada 4 adik beradik, tapi sekarang tinggal 3 sahaja , abang saya seorang telah meninggal dunia ketika umurnya 19 tahun … al fatihah…. Hanya Daddy saya sahaja yang bekerja Alhamdulillah Amma saya telah mengajar kami untuk menyimpan dan hasil dari simpanan Amma saya beliau telah berjaya membeli aset sebanyak 4 rumah.

Kalau Amma kita boleh kenapa kita tak boleh ?????

Jadi Amma sayalah mengajar saya untuk
Simpan Duit…..

Surah Yusuf  ayat 47
Bermaksud

“Hendaklah kamu menanam bersungguh-sungguh tujuh tahun berturut-turut,
kemudian apa yang kamu ketam biarkanlah dia pada tangkai-tangkainya;
kecuali sedikit dari bahagian yang kamu jadikan untuk makan.

Pengisian dari ayat di atas

Simpan dahulu pendapatan yang kita perolehi dari usaha usaha kita dan hendaklah kita berbelanja selepas kita simpan.

Pendapatan  (gaji atau sale ) – simpanan = belanja.

Leave a comment